Wednesday, December 7, 2016

3 tahun




Assalamualaikum.

Lama dah blog ni sunyi sepi. Bersawang banyak dah. Sekejap nak bersihkan sawang-sawang yang banyak dah ni.

Okay. Rasanya dah 3 tahun lebih blog ni menyepi. Hari ni tiba-tiba rasa nak bercerita. Mungkin tengok kosong sangat blog ni. Penulisan pun masa tu masih lagi boleh dikategorikan sebagai budak lagi. Even though sekarang ni tidak la tua sangat pun.

Cukup la membebel entah apa-apa. Sekarang let's begin.

3 tahun dah berlalu. Dalam 3 tahun tu alhamdulillah aku dah habis belajar. Nak kata cemerlang tu tidak yang penting dah grad. Ye dak. Selepas grad tu agak lama juga tanam anggur lebih kurang dalam 9 bulan juga la. Tapi bukan la duduk rumah goyang kaki tapi membantu kerja rumah apa yang sepatutnya. Ayah dengan mama kerja jadi sebagai anak perempuan tolong la sikit-sikit walaupun tak banyak. Dalam masa 9 bulan jadi penganggur aku cuba untuk ubah diri jadi lebih sihat. Alhamdulillah ada pencapaian walaupun belum mencapai target yang ditetapkan. Yela, asyik susah je nak cari baju jadi cuba la untuk turunkan berat badan. Cuba itu, ini akhirnya cara aku kurangkan makan nasi. Masa duduk rumah tak buat apa boleh la disiplin. Bila disiplin ada la pencapaian. Sampai sekarang masih lagi mencuba walaupun agak payah. Jadi payah waktu kerja ni ialah vitamin M jadi kuat. Hehehe




Lepas menganggur selama 9 bulan alhamdulillah 'I got my 1st job'. Dapat kerja dengan kawan sekolah satu tempat kerja satu 'department' dan satu rumah sewa. Hahaha. Asyik muka tu je kan. Nak buat macam mana, itu la namanya takdir. Sekarang kami dah pun setahun bekerja. Masa mula-mula kerja rasa macam lamanya nak setahun tu tapi sekarang ni rasa 'eh, dah setahun la.' Sekejapnya masa berlalu. Tapi yang tak berubah satu je. Aku masih lagi solo. Kawan-kawan lain dah tamatkan zaman bujang walaupun tidak semua tapi yang rapat dah ada keluarga. Ada yang dah ada anak ada yang akan melahirkan dan ada yang baru dapat berita gembira. Alhamdulillah. Aku? Rahsia Allah tidak siapa tahu. Jadi usaha dan berserah. :)

Orang selalu cakap waktu kerja la kau akan jumpa jodoh kau. Dalam kes aku ni memang susah sebab tak ada berhubung dengan orang luar. Menghadap PC je seharian kerja. Yang ada hanya rakan-rakan sekerja yang rata-rata dah berkeluarga. Itupun lelaki yang ada hanya berapa kerat sahaja.

Bila orang tanya aku bila, jawapan aku sampai waktunya in shaa Allah. Sekarang apa pun tiada lagi. So just chill and relax for now. =)

Ok la. Cukup la aku ringkaskan perjalanan selama 3 tahun walaupun yang aku cerita banyak cuma setahun je. Hehe. Lain kali in shaa Allah aku cerita lagi. 

No comments:

Post a Comment