Wednesday, December 5, 2012

Cikgu


Assalamualaikum.
'Selamat pagi, cikgu'
'Selamat sejahtera, cikgu'
waaa, best kan dengar ucapan ni setiap hari. Rasa kembang hati bila murid-murid bagi salam ataupun ucapan dekat kita. Aku tau seronok sangat. Yela, ada murid-murid yang hormat dekat kita, lepas tu dengan karenah yang pelbagai lagi. Seronok sebenarnya jadi cikgu walaupun aku hanya anak cikgu. 

Kalau diri aku, memang aku tak nak jadi cikgu, sebab utamanya aku tak minat dan aku tak tau nak ajar orang. Takut belum lagi aku ajar aku sendiri yang pening kepala. Aku tak suka mengajar sebab aku tak reti nak bagi penerangan banyak kali kalau orang tu tak faham-faham. Orang sekarang ramai jadi cikgu, tapi kualiti cikgu sekarang dengan dulu sangat berbeza. Dulu walaupun cikgu xramai, kualiti masih first class, sekarang cikgu ramai, kualiti macam third class. Aku cakap macam tu sebab aku nampak perbezaan. 

\
Cikgu dulu mengajar dengan penuh kasih sayang, rela hati supaya anak didik dia berjaya dengan cemerlang. Mereka tak kisah kalau kena mengajar murid-murid kelas tambahan walaupun tidak dibayar. Mereka juga mempunyai pelbagai alternatif untuk anak didik mereka faham dengan ajaran mereka. Tapi cikgu-cikgu sekarang yang aku nampak walaupun bukan semua, mereka hanya akan lakukan tugas jikalau dibayar. Kalau tugas tersebut tidak dibayar, susah untuk mereka lakukan. Cikgu-cikgu sekarang ni kurang alternatif untuk bagi anak didik yang kurang pandai ni jadi faham subjek yang diajar.


Sekarang ni ramai yang jadi cikgu sebab ibu bapa suruh. Kenapa? sebab jadi cikgu ada jaminan, kerja xbanyak, duit masuk, ada pencen lagi. Sebab tu ramai yang jadi cikgu sekarang. Macam sekolah rendah aku sekarang. Kalau cikgu-cikgu praktikal dekat situ, dah la berlagak, susah nak tegur cikgi-cikgu lama. Ajar pun ala kadar je. Macam mana la nak keluarkan budak-budak yang berkualiti walaupun bukan semua cikgu praktikal begitu. hmmmm. Rasa sedih :(

p/s : kpd kwn2 aku yg bakal jadi cikgu, ajar dgn rela hati ye :) 

Sunday, December 2, 2012

Drama Burung biru


Assalamualaikum.
Kenapa tiba-tiba pula drama burung biru ni kan. Alaaaaa, confirm ramai yang tahu, tipu la tak tahu. Kalau yang tak tahu tu maknanya orang tu tak ada benda tu la. Apa pula benda tu nya. Ala burung yang berwarna biru tula, tak kan xtau. Namanya burung biru sebab burung tu warna biru. hehe Cuba tengok macam burung dekat atas tu, kan warna biru. :p

okay2, burung biru ni twitter, dan mesti ramai ada, tipu la tak ada. yang tengah baca ni pun mesti ada kan?kan?kan? :) Saja nak bercerita pasal burung biru ni. Sekarang ni burung biru ni lagi hebat ataupun terkenal daripada mukabuku. Mukabuku sekarang dah tak berapa nak best. Bosan rasanya, korang pun mesti rasa bosan juga kan, sebab tu buat account twitter. hehe. 


Ni nak cerita pasal drama dekat burung biru la. Bukan saja dekat tv je ada drama tau, dekat burung biru pun ada, jangan ingat cincai. Okay2, selalunya orang-orang yang buat burung biru ni budak-budak baru yang dah bosan dengan mukabuku. Harap maklum, saya ni senior burung biru sebab guna masa orang xkenal burung biru tu, sekian. haha. Jadi bila burung biru ni dah femes sekarang, ramai la buka account burung biru ni. Selalunya mesti macam ni, follow me, i follow u back. Haha, nampak sangat newbies nya. Maaf la ye bagi yang terasa. Kalau ikutkan hak untuk follo atau x kan hak masing2, jadi bila dah ada macam tu korang xrasa terpaksa ke? Kalau aku aku follow mana yang aku rasa nak follow, sebab banyak sangat follow, tweet panas pasal kawan aku tenggelam dengan tweet orang yang aku xkenal. Tengok, kan dah xberapa nak best. Itu cuma pendapat aku jela. 

Satu lagi, budak-budak baru dekat burung biru ni, senang je nak dapat followers ramai. Cakap je xde dara, nak bunuh bapak sendiri la, bajet cun la, xmengaku warganegara la. Lepas tu, beberapa hari kemudian cakap, sorry twitter, tweet tu kena hacked. Duhhh!nampak sangat nak publisiti murahan. Kelakar pun ada juga bila baca tweet budak-budak bajet 'hot' ni. Hai dunia, dunia, zaman dah berubah sampai macam ni sekali sampai budak-budak sekarang sanggup buat apa saja untuk terkenal dekat alam maya/cyber. Memang kurang didikan betul budak-budak zaman sekarang ni..haish, entah la tak tahu apa nak jadi untuk masa hadapan nanti.

Saturday, December 1, 2012

Magic 'words'


Salam.
First of all, magic words tu bukan la I love you, te amo, aishiteru, wo ai ni, saya cinta awak tu. Ayat-ayat tu magic words untuk orang-orang yang bercinta je. Magic words disini merujuk kepada perkataan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jadi jangan la fikir perkataan-perkataan di atas tu je sebagai magic words ye. Aku tulis pasal ni pun sebab benda ni selalu sangat jadi sama ada depan aku ataupun aku sendiri yang mengalaminya.

Tahu tak apa magic words tu. xtau?meh aku bagitau. Magic words tu 'tolong' dengan 'terima kasih'. haaaa!tula dia magic words tu. Orang sekarang tersangat la susah nak sebut perkataan tu. Bukan susah sangat pun nak sebut perkataan tu, cuma sebut je xperlu kena bayar pun. Apa?owh, ada ego tu yang susah sangat nak sebut perkataan tu. Hmmm, budi bahasa budaya kita. haaa, ala setakat sebut benda tu bukan ada apa pun yang luak kan. Kita ni kan orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa, jadi rasanya benda-benda ni semua xperlu lagi nak dibagitau atau pun diajar, tapi inilah yang berlaku. Perkara-perkara macam ni masih lagi perlu dibagitau dan diberi tunjuk ajar kepada orang-orang sekarang ni. Macam usaha yang dilakukan sekarang, paparkan iklan mengenai budi bahasa budaya kita. Budak-budak zaman sekarang memang perlukan pendedahan lebih sebab mereka kurang didikan dari segi tatsusila mereka.


Bukan apa, kalau digunakan magic words tu, mesti nampak sopan kan. Nampak budi bahasa orang tu, tapi cuba kalau dia orang cakap macam ni 'weh, ambilkan aku buku dekat atas meja tu' dan bandingkan dengan ini 'boleh tolong ambilkan buku dekat atas meja tu?'. Disini ada dua perbezaan, kalau tak ada magic words atau perkataan keramat tu, tak ke nampak seperti kita mengarah orang tapi kalau ada perkataan keramat tu, orang pun senang hati je nak tolong. Lepas orang dah tolong ambilkan ucap lah terima kasih, takkan itu pun nak kena bagitau kan. Tapi ada juga yang xfaham, bila dah ambilkan, dah macam tu jela tak ada ucap apa-apa pun. Sekali tak apa la, tapi kalau dah selalu, tak ke nampak kurang ajarnya disitu. Tak reti terima kasih dekat orang. *eh teremo pula*

Sebenarnya, banyak lagi perkataan keramat ni, cuma bagi aku yang teramat penting sekarang ni adalah dua perkataan tu. Jadi sesiapa yang xamalkan penggunaan kata keramat tu, amalkan la daripada sekarang, orang pun akan rasa lebih hormat dengan adanya kata-kata keramat tu. Peace no war ^_<


Thursday, November 29, 2012

Couple

Salam.
Nak bercerita sikit la pasal couple ni. Bukan apa, sekarang kan mesti ramai yang terjebak dengan benda-benda ni termasuk la aku sekali. Jadi saja jela nak bercerita dan memberitahu sedikit. Dalam ber'couple' ni masing-masing kena la faham diri masing-masing, bertolak ansur. Kalau tak, memang xkemana la couple tu.

Bukan apa, aku saja nak bercerita mengenai ini sebab ada yang aku tengok belum lagi jadi apa-apa baru couple sikap masing-masing macam suami isteri. Ada yang mengongkong, ada yang asyik nak perhatian kalau tidak dilayan merajuk, cemburu pula xbertempat, ada juga yang kaki pukul. Haish, entah la, macam-macam aku nampak. Bagi aku benda ni tersangat la simple, kalau betul masing-masing sayang antara satu sama lain, benda-benda tu tak wujud, kalau ada mungkin sekadar penghias hubungan. Tapi kalau dah selalu bukan penghias, tu namanya pemburuk. 

Bagi aku la, selagi belum ada ikatan perkahwinan, sifat mengongkong, cemburu lebih-lebih, nak mengada tu semua tak perlu ada sebab masih belum jelas lagi couple tu akan bawa kepada ikatan perkahwinan. Elok la bersederhana masa couple ni. Kalau ikutkan dalam Islam tak ada couple2 ni. Aku sendiri pun tak pasti macam mana boleh terjebak dalam couple ni..haha. Aku kalau boleh parents aku carikan pun aku tak kisah tapi semua tu sudah tertulis. Kita ni hanya hamba Allah yang tahu merancang tapi DIA yang menentukannya.

sweet kan XD

Daripada couple kan, rasanya lagi best kawin. Semua boleh buat dan dah tentunya halal ;p tapi bukan senang nak kawin. Kena fikir tanggungjawab lagi, dah sedia ke nak jadi imam, nak jadi ibu, nak didik anak-anak. Bukan tu saja, semua tu kena betul-betul tak boleh main-main. Kalau main-main alamatnya perkahwinan tu memang tak kemana la juga. Jadi semua ni memang perlukan pengorbanan. 

p/s : tapi memang best kalau kawin ^_<

Wednesday, November 28, 2012

Cuti


Salam.
Sekarang ni aku tengah cuti sementara menunggu keputusan kemasukan degree aku keluar. Aku dah cuti dekat sebulan, kawan-kawan aku yang masih ada lagi satu sem akan balik ke UiTM minggu ni. Aku masih di rumah bercuti. In shaa Allah kalau ada rezeki aku sambung belajar mungkin pertengahan bulan 2 masuk. 

Jadi baki cuti ada la dalam 2bulan lebih lagi. Kerja?memang tak dapat la. Duduk rumah je kerja aku. Disuruh buat apa yang patut. Mak aku cakap habiskan belajar dulu baru la kerja, nanti kalau dah mula kerja xde ianya nak belajar, tapi memang betul pun apa yang mak aku cakapkan. Kalau dah kerja dah merasa pegang duit sendiri, mesti dah tak ada niat nak belajar lagi. Lagipun memang aku xterfikir nak kerja lagi. Belum rasa nak kerja, niat tu memang tak ada la. Kalau terfikir pun sebab nak duit.

Kerja aku dekat rumah ni bergaduh dengan adik aku dan bermain kata dengan mak aku kira bergurau la. Masa tengah buat kerja kalau mak aku dah start membebel, aku pun ada la jawapannya. Seronok gurau-gurau dengan mak aku ni. Dulu jarang, sekarang je. Yela sekarang tengah cuti jadi mak aku ada la dekat rumah. Bila dah ada dekat rumah, buat kerja pun sama-sama tu yang tercetusnya huru-hara sekejap. Hehe

Cuti aku ni nak dikatakan bosan tu boleh la juga, tapi dah terbiasa orang kata dah lali, jadi xkisah sangat la duduk rumah. Lagipun memang malas nak berjalan sebabnya malas nak bersiap. Kalau dulu nak berjalan mesti okay je, tapi sekarang malas sebab kena bersiap. Dulu cincai2 pun boleh je aku keluar, sekarang mungkin sebab umur pun dah dekat 20 tahun, jadi nak keluar rumah pun kena elok-elok, kemas-kemas dan disebabkan itulah aku malas nak keluar.

Kebetulan pula musim tengkujuh sekarang ni betul-betul masa aku tengah bercuti ni, bulan November sampai la bulan Mac. Hmmm memang xpergi kemana-mana la nampaknya cuti sekolah ni. Kalau pergi pun sebab nak penuhi undangan majlis perkahwinan sama ada sedara mara ataupun kawan mak ayah aku. Jadi cuti ni lebih kurang je dengan cuti-cuti yang lalu cuma bezanya panjang sikit cuti ni daripada cuti-cuti sebelum ni. Jadi kalau nak betul-betul bercuti rasanya tunggu aku dah kerja la kot.

p/s : bestnya kalau dapat bercuti dekat pantai..hmm :(

Saturday, November 24, 2012

Girls

Salam.
Kejap2 bersihkan sawang2 yang ada dulu dekat blog ni. Lama sangat rasanya xjengah blog ni. Berapa bulan pun aku xpasti. Sebab utama dah pasti kekurangan isi untuk dicoretkan di laman blog ini. Duhh! baku sekejap.


Okay2 seperti tajuk entry ni 'girls' dah semestinya aku nak bercerita pasal perempuan. Yang sebenarnya, lebih kepada perbincangan kaum perempuan bila dah umur2 macam aku sekarang. Kira early 20's la kan. Setahu aku la, bukan saja kawan2 perempuan aku tetapi yang lain pun akan bercakap pasal benda ni juga. 'Benda ni' yang dimaksudkan ialah kawin. Bila perempuan dah berkumpul, walaupun bukan topik utama tapi mesti akan ada juga bab2 kawin ni. Yela mana ke tidaknya, kawan2 sebaya ada yang dah kawin, nak dapat anak pun ada juga. So, bila dah bercerita tentang kawan2 yang dah berkawin n yang akan dapat baby xlama lagi, jadi dengan secara semulajadinya cerita pasal bab2 kawin ni akan timbul. Daripada topik yang kecil jadi besar.

Perempuan cerita2 pasal kawin ni biasa je, tak macam lelaki, dorang hanya akan bercerita bila dah betul2 sedia nak ke alam perkahwinan. Kalau perempuan, bila ada kawan kawin je duduk ramai2 pun boleh jadikan kawin sebagai topik perbualan. Bukan tu saja, bila dah lama2 cerita pasal bab2 kawin ni dah nak hujung2 bercerita tu mesti ada ayat ni 'si A dah ada tu, bila lagi?' 'eh2, aku baru lagi, si B tu la dah lama dia la dulu tu' 'bila nak makan nasi minyak si C ni?' dan macam2 la lagi persoalan yang keluar daripada kawan2 perempuan ni. Lagi satu perempuan ni kalau dah berjumpa cerita tak kan pernah habis. Jadi jangan la hairan kalau perempuan ni keluar sama2 balik lambat. Sebabnya kami perempuan. ^_^

p/s : ntah pape la aku merepek ni, aku pun pening..layan jela :D

Thursday, September 13, 2012

Sem 5

Assalamualaikum, hai semua ^_^

waahhh, setiap kali ada post baru je mesti gap dia besar..biasa la orang xde idea nak berceloteh apa...ni pun update sebab kesian dengan blog yang kosong ni..kalau daripada tajuk je mesti la tau pasal apa kan..saja-saja nak bercerita tentang sem 5 walaupun belum habis...

sem ni rasa macam pendek yang amat...sekejap je masa berlalu..dalam beberapa minggu lagi dah nak final exam..tapi diri ni rasa macam baru masuk sem dan gaya pun sama..xreti2 nak belajar sedangkan final dah dekat..subjek-subjek untuk sem 5 ni pun boleh tahan..semua subjek membaca..xpayah cakap la..bagi aku memang tough sebab aku xberapa minat sangat subjek membaca ni..kalau setakat main goreng boleh la..orang kata boleh makan..sedap tu xdela...tersangat la berharap supaya final nanti boleh buat yang terbaik...dan yang paling penting xkacau pointer..apa yang ada sekarang pun dah cukup baik...

sem ni juga geng aku jadi bertiga balik..aku, iklil n hasni..okay la..not bad..best kawan dengan dorang..gila-gila tu ada..jadi memang okay la..apa lagi aku nak bagitau ye?hmmm..sekarang ni masa-masa yang 'agak' busy yela siapkan semua kerja..2minggu lagi dah study week..wuhuuu..seramnya..just hope everything will be fine ^_^

Saturday, August 4, 2012

'New Zealand'

Assalamualaikum ^_^

waa, nampaknya dah lama betul blog ni x di update..dah bersawang2 haa..xpe2..entry ni akan kurangkan sikit sawang2 tu ye...haa, cerita untuk entry yang baru di update setelah beberapa bulan menyepi ni pasal aku pergi 'New Zealand'..ngee :D

sebab aku dah pergi tu yang nak update dekat sini..actually 'New Zealand' tu dekat dalam Malaysia juga..cuma nampak je mcm dkat NZ..saja gebang..haha..pergi hari ahad lepas bersamaan dengan 29/7/2012..sepatutunya jalan pukul 8..tapi almaklum la..mengikut orang..jadi pukul 12 gerak..perjalanan dah la mengambil masa selama 2jam..tapi xpe..bukan aku yang drive..hehe..jadi penumpang yang berhemah je..tempat tu dekat kundasang, sabah..sampai sana pun atas jasa baik kawan aku dgn BF dia..kalau tak, tak tahu la bila boleh sampai situ..

dekat kundasang tu banyak tempat2 menarik tapi hanya sempat singgah 'NZ' je..ataupu  nama sebenarnya adalah Desa Dairy Farm..dekat Mesilau, Kundasang..memang cantik tempat tu..masa sampai kundasang tu angin dia kuat betul..aku yang agak berat ni pun rasa macam nak terbang..sejuk xpayah cakap..macam angin sejuk dalam aircond rasanya..sampai2 kundasang terus direct tanya orang dekat situ macam mana nak pergi Mesilau..lepas dapat instruction..terus la menuju ke destinasi seperti yang diarahkan..


naaa, dah sampai..serius cantik betul tempat dia..lagi2 berlatar belakang kan gunung kinabalu...nah..ni dia pemandangan di Mesilau..


tu la dia pemandangan dekat Desa Dairy Farm..ni gambar real, xde edit2..kamera pun pakai kamera handphone je..itu pun handphone yang cikai2..tapi memang cantik pemandangan dekat situ..SubhanaAllah..sungguh indah ciptaan Illahi..sampai2 sana terus bergambar..haha, biasa la dekat semenanjung mana jumpa tempat berlatar belakang kan gunung kinabalu..hehe..jadi agak jakun sedikit..yela selama 5sem aku dekat sini..sem 5 ni la baru pertama kali aku jejakkan kaki dekat kundasang ni..sungguh kesian diriku ini..ececeeeehh.. :p



lepas bergambar..kira orang cakap dah puas la..actually xpuas juga..rasa macam nak terus duduk sana..walaupun matahari memancar terus tapi panasnya xterasa langsung..sejuk memanjang..yang aku tahu sejak kebelakangan ni je yang angin kuat dekat situ..sebelum2 ni biasa2 je..lepas puas tengok pemandangan kitaorang masuk la dekat kilang proses susu..memang time datang tu dorang tengah proses susu..dapat tengok depan mata susu2 lembu tu diperah..lembu2 tu memang macam lembu dekat 'NZ' sebab bertompok hitam putih..dah puas ambil gambar dgn lembu dan juga ambil gambar lembu tu..akhirnya, kitaorang beli la susu yang baru diproses..segar betul..tapi sayang xboleh direct minum sebab tengah puasa..biasa la cabaran di bulan puasa :)

 iklil, hasni n aku

aku suka gmbar ni ;)

 pandai kan lembu2 tu beratur..

ni susu yg aku beli..sedap ^0^

lepas habis je explore desa dairy farm tu..kitaorang pun pulang..jadi pergi kundasang tu hanya satu tempat je yang kami lawat...yela..masing2 pun bukan expert sangat dengan tempat tu..anyway..thanks to my friend hasni n her BF :)

Saturday, April 21, 2012

Memori Sekolah Rendah #1

Assalamualaikum..

seperti yang semua nampak tajuk untuk entry kali ni..iaitu memori sekolah rendah..so, of course la aku nak bercerita pasal time aku kecil-kecil2 dulu..#kecilke..okay..aku terdetik nak buat post ni sebab pagi tadi aku ikut mak aku pergi sekolah sebab ada hari kantin sekolah..lagipun mak aku cikgu sekolah dan sekolah tu sekolah lama aku...jadi bila tengok budak2 tu terimbas la kembali zaman2 sekolah rendah ni..


aku ingat lagi pertama kali aku berkenalan dengan kawan masa darjah satu 'hai, saya hafiza. awak?' haha...macam kelakar pula bila fikir balik..haha biasalah budak2 kan..dah diajar macam tu..masa aku darjah satu aku selalu xdatang sekolah..aku ada allergic masa darjah satu tu, allergic aku teruk sampai pernah dekat 2/3 minggu ke aku xdtg sekolah..mana tak nya..allergic aku dekat tangan..dia berkudis sampai tangan xboleh nak tulis tu yang sampai cuti sekolah punya lama...dan bila masuk sekolah balik kawan2 semua tanya kenapa aku dah lama xdatang...

aku ada teringat time perhimpunan pagi..aku xikut perhimpunan sebab aku terlupa bawa kasut (pergi sekolah ikut mak naik kereta) jadi aku duduk je diam2 dalam kereta tu..bila dah habis perhimpunan baru aku ikut dorang masuk kelas..n ada sekali, sir aku nak bagi aku buku jadi aku nak pergi ambil..time nak jalan ke depan tu boleh2 ada sorang budak ni dia pergi letak kaki dia..tersadung terus aku..apa lagi menangis la...biasa budak2..sir aku pun bawa aku pergi jumpa mak aku..dia terangkan..haha..mak ada dekat sekolah kan..nasib je mak aku xpernah jadi cikgu aku..cukup la dekat rumah..haha

banyak kenangan yang aku ingat time darjah satu..n darjah satu juga aku ada crush dengan cikgu bi aku tau..dia pergi sekolah bawa gitar..lepas dia bagi kerja dekat budak2 dia mesti akan main gitar dia n nyanyi..biasa la budak2 lagi..mana matang..lagi2 dia nyanyi duduk dekat dengan aku..nasib la cikgu tu not bad..n nasib aku budak2 lagi..hahahaha..yang best nya sebab anak cikgu, budak2 mesti kenal..'eh tu anak cikgu ni kan'..dan budak2 kan jadi aku suka la benda2 macam tu..n for sure kalau ada mak dekat sekolah segala masalah kewangan akan lesap..hihi..plus kalau ada event sekolah ke..xperlu lagi nak teruk2 bagitau parents sangat..mak ada..okay la..sampai sini jela dulu..macam banyak aku nak cerita tapi cukup dulu sampai disini untuk entry kali ni..

p/s : rindu dengan zaman sekolah rendah >.<

Sunday, April 15, 2012

Kegilaan Ku

Assalamualaikum...hai

okay..untuk entry ni aku rasa nak bercerita pasal cerekarama yang baru je aku tengok tadi..tajuk dia landasan cinta yang dilakonkan oleh shahrizal jaszle dan tasha shila..bagi aku la..cerita tu best..tip top beb!xhabis2 aku ketawa tengok cerita tu...yang menyebabkan aku suka tengok cerita tu pun sebab ada shah jaszle..aku dah terpacak depan tv tu 10minit sebelum pukul 10 lagi..punya la menunggu cerita tu..xsabar2..start je cerita perghhh!cair aku..handsome pula shah jaszle tu dalam uniform pilot..jap..dia memang handsome pun..bagi aku la..bila dah pakai uniform pilot tu dia yang sememangnya handsome bertambah handsome..


yang best dalam cerita tu, lakonan dia mantap..jeles pun ada juga dengan tasha shila..just wish aku yang dalam cerita tu..okay sila muntah..berangan tinggi nyah..takpe bukan selalu..gila aku ni datang sekali sekala je pun...mana xdatang gila aku ni kalau dah cerita tu ada shah jaszle..tambah2 cerita tu best pula..memang gelak je la aku tengok cerita tadi..n yang aku suka dia nampak sweet sangat >.<...hmm kan best kalau dapat jumpa dia...

p/s: malam ni mimpi shah jaszle la~ hihi ^0^ 

Saturday, April 14, 2012

Merepek #1

Salam..hye semua..

lama sungguh aku tidak menjengah blog ni..terlalu banyak nampaknya sawang2 disini ye..so it's time to clean..hihi..sebenarnya aku ni takde idea nak tulis apa dekat blog ni..tu pasal la blog ni sampai bersawang..blog ni pun wujud dulu sebab kawan aku suruh buat..kalau x memang aku xbuat juga..yela apa2 hal aku ni memang malas nak menaip..kalau bercerita dekat dalam buku biasa boleh la..kalau dalam buku boleh merepek sesuka hati sebab sendiri baca..kalau dekat sini xboleh merepek sesuka hati nanti ada yang xsuka, terasa n sebagainya..okay aku rasa aku macam dah nak buat karangan bahasa melayu pula.

sekarang ni aku tengah cuti sem..cuti untuk sem 4..lepas ni insyaAllah masuk sem 5 iaitu final sem..cuti sem kali ni agak panjang ye..mana xnya sampai 2bulan 2minggu cuti..kalau sebelum2 ni paling lama pun 2bulan je..itu pun dah lama..aku kalau boleh nak cepat2 habis belajar..so aku xperlu la asyik nak fikir untuk tempah tiket awal2 supaya nanti tiket murah..untuk habis sem 5 tu macam lama je lagi tapi hakikatnya sekejap je..tengok la sekarang aku dah sem 4 n tengah cuti sem..masa berjalan sangat pantas..

okay, result untuk sem 4 akan dikeluarkan pada 27/4..dimana bagi aku ianya terlalu awal n aku takut!!!mana xnya aku punya performance time final adalah amat teruk..dan sekarang apa yang aku boleh buat adalah berharap supaya CGPA aku xturun drpd angka 3..huhu..okay la..dah pagi..xtau nak merepek apa lagi..so sampai sini je..ada benda aku nak merepek nanti aku update.. ^_^

p/s:dlm xtau nk merepek..panjang juga..huhu

Tuesday, January 10, 2012

make up

Salam all


make up and me??so rare..haha...just wanna story about it a little..because I'm not the type that always wearing a make up...for an event??yes I will...hihi..even though I'm not always wearing it but still I have my own make up even it's not perfect..hehe


for what I buy make up?just for fun..haha..of course no..just in case I need to use it..no need to borrow from other...mostly when it comes to our course dinner...or more to award dinner...of course I want to be different from daily...so that's the use of my make up..hehe...before this I'm the type that dislike to wear a make up...because most people that wearing make up that I had seen wear it too thick...I think that's why I dislike it...

I started wearing a make up when I'm in semester 1...for sure I wear it for dinner...not for fun...awkward for the first time...because my face looks a little different...but now no longer feel awkward...so far I think I already wear a make up 3 times..if I'm not mistaken..

semester 1

semester 2

semester 3

All above picture are my picture when I attend dinner...when I want to be a little stylish...it will be see when dinner time..haha...just put picture so sudden..haha..actually I'm stress thinking about our coming soon dinner...faces a lot of problem..huhu..moreover we are the one who arrange it this semester...so we want it to success...-_- huhu

p/s:okay..I'm sleepy..time to sleep..night ^_^

Monday, January 9, 2012

Back 2 Normal

Salam..hye all

segalanya telah kembali normal apabila pihak pusat beli-belah Center Point telah menghubungi aku mengatakan bahawa mereka telah menjumpai beg duit aku...alhamdulillah...gembira yang teramat apabila semua dokumen masih selamat...dompet aku telah dijumpai oleh cleaner pusat beli-belah tu di dalam tong sampah (kesian dompet aku -_-)..tapi nasib la benda ni tidak berpanjangan..semalam kena curi..hari ni dah dapat balik...syukur ke hadrat Illahi...

masa pihak CP call aku...aku ada juga tertanya2 macam mana dorang boleh dapat no aku..rupa-rupanya ada pula kad telefon aku dalam purse tu..nasib baik la...tapi sayangnya kad atm aku kena buat baru..yela dah blocked kan kad tu...duit RM15 pun xpasal2 terbang melayang...tapi xpela..RM15 je..apa la sangat daripada xpasal2 jadi PATI dekat sini..huhu...dompet dah dapat balik jadi xdela susah2 kena pergi JPN lagi...kalau x sebelum ni memang rungsing yang teramat fikir pasal IC dengan kad atm aku...syukur sangat2...

p/s : kata orang pengalaman mengajar erti kehidupan ^_^

Sunday, January 8, 2012

Hari Bersejarah

Assalamualaikum..hai guys

hurmm...memang bersejarah betul hari ni...sejarah yang mengerikan..huhu...hari ni first time aku jejak kaki dekat balai tu untuk buat report..selama 19 tahun  aku hidup...memang pertama kali...dan pertama kali juga purse aku kena curi..DAMN!

duit aku dalam purse tu RM20 je kot...yang ko gatal2 nak curi tu pehal?adehhh...kalau ko ambil duit je xpela..ni sekali satu purse...xpasal2 aku kena buat report...blocked kad ATM..memang orang yang curi tu bagi susah aku je la...lagi2 sekarang aku dekat sabah...haish...memang betul2 bagi aku pening kepala...purse aku pula xsampai setengah tahun aku pakai...sayang betul la...

dah la dekat sabah ni perlukan ic kalau nak balik...kalah2 passport...huhu...bila dah jadi macam ni memang betul2 menyusahkan aku..kalau aku ada transport xpe juga..haish...harap2 semuanya dapat berjalan dengan lancar tanpa merungsingkan otak aku lagi..

p/s: kesian polo benneti aku..baru guna xsmpai setngah tahun..huhu

Friday, January 6, 2012

New Year~

Assalamualaikum..hye guys

almost a month I left this blog without new entry..why?just feel lazy to post new entry..haha..actually in December 2011 I have a few entry to write but still the laziness influence me..hahaha

now we are in the 2012..what do you expect to happen in this year??it's easy if we know what's happen in the future..but unfortunately we don't have that ability...okay2..actually this post I just want to tell u guys what have happened in 2011...

in 2011 I have finish my 2nd n 3rd semester and now I'm in 4th semester...waa..the time run too fast...but luckily my result for 2nd and 3rd semester are quite okay..nothing to be proud just can be satisfied...friend???hurmmm...most of people that I knew from semester 1 are not the same now because they real character have shown...so I hate hypocrite people...no need to make drama in front of me..cause I know it!huhu

2011 also make me knew a few of new friends...yeah from gamelan n then debat..but I just being an active member in debat only in 2nd semester..lazy me..haha..what else?hurmmm..haa...2011 is the first year I celebrate my birthday without my family..huhu...if not we can have dinner..huhu..overall 2011 is just another same year like before..nothing great happen...

p/s: I think enough for now coz i have no idea what to write more..huhu