Saturday, December 1, 2012

Magic 'words'


Salam.
First of all, magic words tu bukan la I love you, te amo, aishiteru, wo ai ni, saya cinta awak tu. Ayat-ayat tu magic words untuk orang-orang yang bercinta je. Magic words disini merujuk kepada perkataan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jadi jangan la fikir perkataan-perkataan di atas tu je sebagai magic words ye. Aku tulis pasal ni pun sebab benda ni selalu sangat jadi sama ada depan aku ataupun aku sendiri yang mengalaminya.

Tahu tak apa magic words tu. xtau?meh aku bagitau. Magic words tu 'tolong' dengan 'terima kasih'. haaaa!tula dia magic words tu. Orang sekarang tersangat la susah nak sebut perkataan tu. Bukan susah sangat pun nak sebut perkataan tu, cuma sebut je xperlu kena bayar pun. Apa?owh, ada ego tu yang susah sangat nak sebut perkataan tu. Hmmm, budi bahasa budaya kita. haaa, ala setakat sebut benda tu bukan ada apa pun yang luak kan. Kita ni kan orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa, jadi rasanya benda-benda ni semua xperlu lagi nak dibagitau atau pun diajar, tapi inilah yang berlaku. Perkara-perkara macam ni masih lagi perlu dibagitau dan diberi tunjuk ajar kepada orang-orang sekarang ni. Macam usaha yang dilakukan sekarang, paparkan iklan mengenai budi bahasa budaya kita. Budak-budak zaman sekarang memang perlukan pendedahan lebih sebab mereka kurang didikan dari segi tatsusila mereka.


Bukan apa, kalau digunakan magic words tu, mesti nampak sopan kan. Nampak budi bahasa orang tu, tapi cuba kalau dia orang cakap macam ni 'weh, ambilkan aku buku dekat atas meja tu' dan bandingkan dengan ini 'boleh tolong ambilkan buku dekat atas meja tu?'. Disini ada dua perbezaan, kalau tak ada magic words atau perkataan keramat tu, tak ke nampak seperti kita mengarah orang tapi kalau ada perkataan keramat tu, orang pun senang hati je nak tolong. Lepas orang dah tolong ambilkan ucap lah terima kasih, takkan itu pun nak kena bagitau kan. Tapi ada juga yang xfaham, bila dah ambilkan, dah macam tu jela tak ada ucap apa-apa pun. Sekali tak apa la, tapi kalau dah selalu, tak ke nampak kurang ajarnya disitu. Tak reti terima kasih dekat orang. *eh teremo pula*

Sebenarnya, banyak lagi perkataan keramat ni, cuma bagi aku yang teramat penting sekarang ni adalah dua perkataan tu. Jadi sesiapa yang xamalkan penggunaan kata keramat tu, amalkan la daripada sekarang, orang pun akan rasa lebih hormat dengan adanya kata-kata keramat tu. Peace no war ^_<


No comments:

Post a Comment