Wednesday, December 5, 2012

Cikgu


Assalamualaikum.
'Selamat pagi, cikgu'
'Selamat sejahtera, cikgu'
waaa, best kan dengar ucapan ni setiap hari. Rasa kembang hati bila murid-murid bagi salam ataupun ucapan dekat kita. Aku tau seronok sangat. Yela, ada murid-murid yang hormat dekat kita, lepas tu dengan karenah yang pelbagai lagi. Seronok sebenarnya jadi cikgu walaupun aku hanya anak cikgu. 

Kalau diri aku, memang aku tak nak jadi cikgu, sebab utamanya aku tak minat dan aku tak tau nak ajar orang. Takut belum lagi aku ajar aku sendiri yang pening kepala. Aku tak suka mengajar sebab aku tak reti nak bagi penerangan banyak kali kalau orang tu tak faham-faham. Orang sekarang ramai jadi cikgu, tapi kualiti cikgu sekarang dengan dulu sangat berbeza. Dulu walaupun cikgu xramai, kualiti masih first class, sekarang cikgu ramai, kualiti macam third class. Aku cakap macam tu sebab aku nampak perbezaan. 

\
Cikgu dulu mengajar dengan penuh kasih sayang, rela hati supaya anak didik dia berjaya dengan cemerlang. Mereka tak kisah kalau kena mengajar murid-murid kelas tambahan walaupun tidak dibayar. Mereka juga mempunyai pelbagai alternatif untuk anak didik mereka faham dengan ajaran mereka. Tapi cikgu-cikgu sekarang yang aku nampak walaupun bukan semua, mereka hanya akan lakukan tugas jikalau dibayar. Kalau tugas tersebut tidak dibayar, susah untuk mereka lakukan. Cikgu-cikgu sekarang ni kurang alternatif untuk bagi anak didik yang kurang pandai ni jadi faham subjek yang diajar.


Sekarang ni ramai yang jadi cikgu sebab ibu bapa suruh. Kenapa? sebab jadi cikgu ada jaminan, kerja xbanyak, duit masuk, ada pencen lagi. Sebab tu ramai yang jadi cikgu sekarang. Macam sekolah rendah aku sekarang. Kalau cikgu-cikgu praktikal dekat situ, dah la berlagak, susah nak tegur cikgi-cikgu lama. Ajar pun ala kadar je. Macam mana la nak keluarkan budak-budak yang berkualiti walaupun bukan semua cikgu praktikal begitu. hmmmm. Rasa sedih :(

p/s : kpd kwn2 aku yg bakal jadi cikgu, ajar dgn rela hati ye :) 

No comments:

Post a Comment