Wednesday, November 28, 2012

Cuti


Salam.
Sekarang ni aku tengah cuti sementara menunggu keputusan kemasukan degree aku keluar. Aku dah cuti dekat sebulan, kawan-kawan aku yang masih ada lagi satu sem akan balik ke UiTM minggu ni. Aku masih di rumah bercuti. In shaa Allah kalau ada rezeki aku sambung belajar mungkin pertengahan bulan 2 masuk. 

Jadi baki cuti ada la dalam 2bulan lebih lagi. Kerja?memang tak dapat la. Duduk rumah je kerja aku. Disuruh buat apa yang patut. Mak aku cakap habiskan belajar dulu baru la kerja, nanti kalau dah mula kerja xde ianya nak belajar, tapi memang betul pun apa yang mak aku cakapkan. Kalau dah kerja dah merasa pegang duit sendiri, mesti dah tak ada niat nak belajar lagi. Lagipun memang aku xterfikir nak kerja lagi. Belum rasa nak kerja, niat tu memang tak ada la. Kalau terfikir pun sebab nak duit.

Kerja aku dekat rumah ni bergaduh dengan adik aku dan bermain kata dengan mak aku kira bergurau la. Masa tengah buat kerja kalau mak aku dah start membebel, aku pun ada la jawapannya. Seronok gurau-gurau dengan mak aku ni. Dulu jarang, sekarang je. Yela sekarang tengah cuti jadi mak aku ada la dekat rumah. Bila dah ada dekat rumah, buat kerja pun sama-sama tu yang tercetusnya huru-hara sekejap. Hehe

Cuti aku ni nak dikatakan bosan tu boleh la juga, tapi dah terbiasa orang kata dah lali, jadi xkisah sangat la duduk rumah. Lagipun memang malas nak berjalan sebabnya malas nak bersiap. Kalau dulu nak berjalan mesti okay je, tapi sekarang malas sebab kena bersiap. Dulu cincai2 pun boleh je aku keluar, sekarang mungkin sebab umur pun dah dekat 20 tahun, jadi nak keluar rumah pun kena elok-elok, kemas-kemas dan disebabkan itulah aku malas nak keluar.

Kebetulan pula musim tengkujuh sekarang ni betul-betul masa aku tengah bercuti ni, bulan November sampai la bulan Mac. Hmmm memang xpergi kemana-mana la nampaknya cuti sekolah ni. Kalau pergi pun sebab nak penuhi undangan majlis perkahwinan sama ada sedara mara ataupun kawan mak ayah aku. Jadi cuti ni lebih kurang je dengan cuti-cuti yang lalu cuma bezanya panjang sikit cuti ni daripada cuti-cuti sebelum ni. Jadi kalau nak betul-betul bercuti rasanya tunggu aku dah kerja la kot.

p/s : bestnya kalau dapat bercuti dekat pantai..hmm :(

Saturday, November 24, 2012

Girls

Salam.
Kejap2 bersihkan sawang2 yang ada dulu dekat blog ni. Lama sangat rasanya xjengah blog ni. Berapa bulan pun aku xpasti. Sebab utama dah pasti kekurangan isi untuk dicoretkan di laman blog ini. Duhh! baku sekejap.


Okay2 seperti tajuk entry ni 'girls' dah semestinya aku nak bercerita pasal perempuan. Yang sebenarnya, lebih kepada perbincangan kaum perempuan bila dah umur2 macam aku sekarang. Kira early 20's la kan. Setahu aku la, bukan saja kawan2 perempuan aku tetapi yang lain pun akan bercakap pasal benda ni juga. 'Benda ni' yang dimaksudkan ialah kawin. Bila perempuan dah berkumpul, walaupun bukan topik utama tapi mesti akan ada juga bab2 kawin ni. Yela mana ke tidaknya, kawan2 sebaya ada yang dah kawin, nak dapat anak pun ada juga. So, bila dah bercerita tentang kawan2 yang dah berkawin n yang akan dapat baby xlama lagi, jadi dengan secara semulajadinya cerita pasal bab2 kawin ni akan timbul. Daripada topik yang kecil jadi besar.

Perempuan cerita2 pasal kawin ni biasa je, tak macam lelaki, dorang hanya akan bercerita bila dah betul2 sedia nak ke alam perkahwinan. Kalau perempuan, bila ada kawan kawin je duduk ramai2 pun boleh jadikan kawin sebagai topik perbualan. Bukan tu saja, bila dah lama2 cerita pasal bab2 kawin ni dah nak hujung2 bercerita tu mesti ada ayat ni 'si A dah ada tu, bila lagi?' 'eh2, aku baru lagi, si B tu la dah lama dia la dulu tu' 'bila nak makan nasi minyak si C ni?' dan macam2 la lagi persoalan yang keluar daripada kawan2 perempuan ni. Lagi satu perempuan ni kalau dah berjumpa cerita tak kan pernah habis. Jadi jangan la hairan kalau perempuan ni keluar sama2 balik lambat. Sebabnya kami perempuan. ^_^

p/s : ntah pape la aku merepek ni, aku pun pening..layan jela :D

Thursday, September 13, 2012

Sem 5

Assalamualaikum, hai semua ^_^

waahhh, setiap kali ada post baru je mesti gap dia besar..biasa la orang xde idea nak berceloteh apa...ni pun update sebab kesian dengan blog yang kosong ni..kalau daripada tajuk je mesti la tau pasal apa kan..saja-saja nak bercerita tentang sem 5 walaupun belum habis...

sem ni rasa macam pendek yang amat...sekejap je masa berlalu..dalam beberapa minggu lagi dah nak final exam..tapi diri ni rasa macam baru masuk sem dan gaya pun sama..xreti2 nak belajar sedangkan final dah dekat..subjek-subjek untuk sem 5 ni pun boleh tahan..semua subjek membaca..xpayah cakap la..bagi aku memang tough sebab aku xberapa minat sangat subjek membaca ni..kalau setakat main goreng boleh la..orang kata boleh makan..sedap tu xdela...tersangat la berharap supaya final nanti boleh buat yang terbaik...dan yang paling penting xkacau pointer..apa yang ada sekarang pun dah cukup baik...

sem ni juga geng aku jadi bertiga balik..aku, iklil n hasni..okay la..not bad..best kawan dengan dorang..gila-gila tu ada..jadi memang okay la..apa lagi aku nak bagitau ye?hmmm..sekarang ni masa-masa yang 'agak' busy yela siapkan semua kerja..2minggu lagi dah study week..wuhuuu..seramnya..just hope everything will be fine ^_^