Sunday, August 18, 2013

Result + Raya

Assalamualaikum

Rasanya blog ni aku lawat sebulan sekali je. Yela entri blog pun ada sebulan sekali je. Memang bertuah sungguh la tu dapat buat entri sekali dalam sebulan daripada 2, 3 bulan sekali. Hehe. Dah lama sangat rasanya xbercerita jadi tibalah masanya untuk bercerita dalam jangka waktu blog ini menyepi. Baku sangat pula aku rasa ayat aku ni. Hahaha

Pertama sekali aku nak bercerita sikit pasal keputusan degree aku untuk sem pertama. Alhamdulillah, keputusan walaupun tindak lah dekan tapi masih boleh untuk rasa puas hati. Keputusan yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah. Nampaknya memang sem depan kena bertungkus lumus sebaik mungkin untuk mendapatkan dekan. Insya Allah. 

Bila keputusan dah keluar hati pun lega ditambah dengan rasa puas hati sebab apa yang dapat adalah luar daripada jangkaan. Jadi, beraya pun dengan senang hati :) Raya kali ni tak seronok sangat sebab minggu pertama raya hanya duduk rumah sebab jaga atuk, tapi tak mengapa sebab minggu kedua raya baru keluar beraya :D

Beraya rumah saudara mara, kawan-kawan. Raya pertama dengan kawan-kawan pergi beraya rumah cikgu-cikgu sekolah menengah dulu lepas tu rumah kawan2 pula. Masing-masing dah penat, yela berjalan memang penat la. Kalau duduk rumah lain cerita kan.


Raya pertama dengan kawan-kawan ni gambar masa beraya rumah cikgu jaslina, anak cikgu Atikah tak balik masih dekat aussie jadi xdela kawan kitaorang dekat rumah itu. Okay la, gambar lin xde kat sini jadi masuk tu dulu. Hehe. Dekat 9 buah rumah pergi beraya hari tu. Boleh tahan juga la penatnya. 

Lepas tu esoknya pergi hantar atuk pergi rumah pak ngah sekali beraya. Banyak juga la karenah beraya ni. Gambar2 pun boleh tahan juga. Yang paling best semalam sebab kumpul ramai2. Jumpa sepupu lepas tu bergambar. Biasa la kalau dah jumpa kan mesti la bergambar. Xsah kalau xbergambar. 


Cousins everywere ♥♥♥
Ni xlengkap baru empat keluarga tu pun xpenuh dalam gambar ni. Mostly dalam gambar anak2 dara je. Anak2 teruna malas ambil. Hahahaha. Okay la macam dah banyak sangat merepek ni. Nanti update post baru lagi ;-)

Friday, July 12, 2013

Sem 3 BASc

Assalamualaikum.

Lama juga xbuat entry baru ni..bukan xnak buat, tapi tak ada masa lagipun line internet celcom dekat sini xcantik. Ini pun pinjam broadband maxis housemate. Hari ni 12 Julai 2013 bersamaan dengan 3 Ramadan 1434 hijrah, maka telah berakhirnya peperiksaan akhir pelajar jurusan sains pentadbiran..yipeeee!

Maka merdeka lah kami untuk jangka waktu 2 bulan ini. Hehe. Semester 3 ni ada 8 subjek tapi untuk final ada 6 paper. Paper paling susah sekali adalah public relation sebab soalan dia memang susah!huhu. Tapi berharap dapat lepas subjek tu. Paper lain nak berharap sangat tak juga sebab performance xberapa bagus tapi berharap keputusan okay.

Hari ini hari merdeka jadi rasanya nak lanyak movie sampai penat. Hehe. Bila paper dah habis jadi automatic semester 3 untuk bachelor in administrative science complete. Fully complete bila result keluar, seram pula tiba-tiba. huhu. Okay dah blank sebenarnya nak cerita apa. Nanti ada cerita kita sambung balik ye. Minta diri dulu..hehe 

Tuesday, June 25, 2013

Convocation

Assalamualaikum

Benda ni dah lama, tapi still nak cerita juga. First time konvo kan, jadi excited sikit. Hehe



Konvo hari Ahad bersamaan dengan 12 Mei 2013. Aku balik cuti konvo pun xlama, yela lama2 buat apa bukan ada apa pun. Okay, terus ke cerita, agak crowded masa tu yela bukan je budak2 uitm s.alam tapi daripada kampus2 lain yang belum konvo sendiri, memang crowded la, xpayah cakap. Sistem agak kurang teratur, yela mungkin dorang xde masa nak buat perancangan yang rapi kot n maybe manpower pun xcukup..maybe la kan..hehe

Start 2.30ptg tapi masuk dalam pukul 1ptg. Lamanya menunggu, dah la nombor giliran 864 jauh juga la, penat sampai tersengguk2 aku tidur. Teruk betul!haha..


sempat snap sblm msuk hall :)

Dah habis tu agak kelam kabut sikit la, xsempat bergambar yela masing2 nak balik. Kereta dorang kat luar. Memang kena tunggu bas lagi la, nak cepat kan. Sempat snap satu dua pic je, tu pun berapa orang je ramai xdapat bergambar..hmm..tapi xpela..at least jumpa dorang :)


ni pun dekat hp kawan..hp dah habis bateri..mati..haha..tu yang lagi kelam kabut..ni je yang dapat bergamabr..yang lain ntah kemana menghilang..ni la susahnya..dah la masing2 kat sabah..xpe, at least ada gambar ni :D




gambar2 dengan parents n adik..yang atas sekali gambar atas pentas..soft copy dekat angah, xsampai dekat tangan aku lagi..jadi tu pun boleh la..hehe

my family :)
sempat juga ambil gambar family walaupun kelam kabut..dah lama xde gambar family studio punya..yang ada biasa2 je..jadi dah boleh gantung kat rumah..hehe

me XD
n lastly, gambar aku pun mesti la ada..haha..mana boleh xde..dah aku punya konvo kan..hehe..okay..entry kali ni stop sini je :) nway miss u guys :') bila lagi nak jumpa...hmmmm