Wednesday, December 5, 2012

Cikgu


Assalamualaikum.
'Selamat pagi, cikgu'
'Selamat sejahtera, cikgu'
waaa, best kan dengar ucapan ni setiap hari. Rasa kembang hati bila murid-murid bagi salam ataupun ucapan dekat kita. Aku tau seronok sangat. Yela, ada murid-murid yang hormat dekat kita, lepas tu dengan karenah yang pelbagai lagi. Seronok sebenarnya jadi cikgu walaupun aku hanya anak cikgu. 

Kalau diri aku, memang aku tak nak jadi cikgu, sebab utamanya aku tak minat dan aku tak tau nak ajar orang. Takut belum lagi aku ajar aku sendiri yang pening kepala. Aku tak suka mengajar sebab aku tak reti nak bagi penerangan banyak kali kalau orang tu tak faham-faham. Orang sekarang ramai jadi cikgu, tapi kualiti cikgu sekarang dengan dulu sangat berbeza. Dulu walaupun cikgu xramai, kualiti masih first class, sekarang cikgu ramai, kualiti macam third class. Aku cakap macam tu sebab aku nampak perbezaan. 

\
Cikgu dulu mengajar dengan penuh kasih sayang, rela hati supaya anak didik dia berjaya dengan cemerlang. Mereka tak kisah kalau kena mengajar murid-murid kelas tambahan walaupun tidak dibayar. Mereka juga mempunyai pelbagai alternatif untuk anak didik mereka faham dengan ajaran mereka. Tapi cikgu-cikgu sekarang yang aku nampak walaupun bukan semua, mereka hanya akan lakukan tugas jikalau dibayar. Kalau tugas tersebut tidak dibayar, susah untuk mereka lakukan. Cikgu-cikgu sekarang ni kurang alternatif untuk bagi anak didik yang kurang pandai ni jadi faham subjek yang diajar.


Sekarang ni ramai yang jadi cikgu sebab ibu bapa suruh. Kenapa? sebab jadi cikgu ada jaminan, kerja xbanyak, duit masuk, ada pencen lagi. Sebab tu ramai yang jadi cikgu sekarang. Macam sekolah rendah aku sekarang. Kalau cikgu-cikgu praktikal dekat situ, dah la berlagak, susah nak tegur cikgi-cikgu lama. Ajar pun ala kadar je. Macam mana la nak keluarkan budak-budak yang berkualiti walaupun bukan semua cikgu praktikal begitu. hmmmm. Rasa sedih :(

p/s : kpd kwn2 aku yg bakal jadi cikgu, ajar dgn rela hati ye :) 

Sunday, December 2, 2012

Drama Burung biru


Assalamualaikum.
Kenapa tiba-tiba pula drama burung biru ni kan. Alaaaaa, confirm ramai yang tahu, tipu la tak tahu. Kalau yang tak tahu tu maknanya orang tu tak ada benda tu la. Apa pula benda tu nya. Ala burung yang berwarna biru tula, tak kan xtau. Namanya burung biru sebab burung tu warna biru. hehe Cuba tengok macam burung dekat atas tu, kan warna biru. :p

okay2, burung biru ni twitter, dan mesti ramai ada, tipu la tak ada. yang tengah baca ni pun mesti ada kan?kan?kan? :) Saja nak bercerita pasal burung biru ni. Sekarang ni burung biru ni lagi hebat ataupun terkenal daripada mukabuku. Mukabuku sekarang dah tak berapa nak best. Bosan rasanya, korang pun mesti rasa bosan juga kan, sebab tu buat account twitter. hehe. 


Ni nak cerita pasal drama dekat burung biru la. Bukan saja dekat tv je ada drama tau, dekat burung biru pun ada, jangan ingat cincai. Okay2, selalunya orang-orang yang buat burung biru ni budak-budak baru yang dah bosan dengan mukabuku. Harap maklum, saya ni senior burung biru sebab guna masa orang xkenal burung biru tu, sekian. haha. Jadi bila burung biru ni dah femes sekarang, ramai la buka account burung biru ni. Selalunya mesti macam ni, follow me, i follow u back. Haha, nampak sangat newbies nya. Maaf la ye bagi yang terasa. Kalau ikutkan hak untuk follo atau x kan hak masing2, jadi bila dah ada macam tu korang xrasa terpaksa ke? Kalau aku aku follow mana yang aku rasa nak follow, sebab banyak sangat follow, tweet panas pasal kawan aku tenggelam dengan tweet orang yang aku xkenal. Tengok, kan dah xberapa nak best. Itu cuma pendapat aku jela. 

Satu lagi, budak-budak baru dekat burung biru ni, senang je nak dapat followers ramai. Cakap je xde dara, nak bunuh bapak sendiri la, bajet cun la, xmengaku warganegara la. Lepas tu, beberapa hari kemudian cakap, sorry twitter, tweet tu kena hacked. Duhhh!nampak sangat nak publisiti murahan. Kelakar pun ada juga bila baca tweet budak-budak bajet 'hot' ni. Hai dunia, dunia, zaman dah berubah sampai macam ni sekali sampai budak-budak sekarang sanggup buat apa saja untuk terkenal dekat alam maya/cyber. Memang kurang didikan betul budak-budak zaman sekarang ni..haish, entah la tak tahu apa nak jadi untuk masa hadapan nanti.

Saturday, December 1, 2012

Magic 'words'


Salam.
First of all, magic words tu bukan la I love you, te amo, aishiteru, wo ai ni, saya cinta awak tu. Ayat-ayat tu magic words untuk orang-orang yang bercinta je. Magic words disini merujuk kepada perkataan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jadi jangan la fikir perkataan-perkataan di atas tu je sebagai magic words ye. Aku tulis pasal ni pun sebab benda ni selalu sangat jadi sama ada depan aku ataupun aku sendiri yang mengalaminya.

Tahu tak apa magic words tu. xtau?meh aku bagitau. Magic words tu 'tolong' dengan 'terima kasih'. haaaa!tula dia magic words tu. Orang sekarang tersangat la susah nak sebut perkataan tu. Bukan susah sangat pun nak sebut perkataan tu, cuma sebut je xperlu kena bayar pun. Apa?owh, ada ego tu yang susah sangat nak sebut perkataan tu. Hmmm, budi bahasa budaya kita. haaa, ala setakat sebut benda tu bukan ada apa pun yang luak kan. Kita ni kan orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa, jadi rasanya benda-benda ni semua xperlu lagi nak dibagitau atau pun diajar, tapi inilah yang berlaku. Perkara-perkara macam ni masih lagi perlu dibagitau dan diberi tunjuk ajar kepada orang-orang sekarang ni. Macam usaha yang dilakukan sekarang, paparkan iklan mengenai budi bahasa budaya kita. Budak-budak zaman sekarang memang perlukan pendedahan lebih sebab mereka kurang didikan dari segi tatsusila mereka.


Bukan apa, kalau digunakan magic words tu, mesti nampak sopan kan. Nampak budi bahasa orang tu, tapi cuba kalau dia orang cakap macam ni 'weh, ambilkan aku buku dekat atas meja tu' dan bandingkan dengan ini 'boleh tolong ambilkan buku dekat atas meja tu?'. Disini ada dua perbezaan, kalau tak ada magic words atau perkataan keramat tu, tak ke nampak seperti kita mengarah orang tapi kalau ada perkataan keramat tu, orang pun senang hati je nak tolong. Lepas orang dah tolong ambilkan ucap lah terima kasih, takkan itu pun nak kena bagitau kan. Tapi ada juga yang xfaham, bila dah ambilkan, dah macam tu jela tak ada ucap apa-apa pun. Sekali tak apa la, tapi kalau dah selalu, tak ke nampak kurang ajarnya disitu. Tak reti terima kasih dekat orang. *eh teremo pula*

Sebenarnya, banyak lagi perkataan keramat ni, cuma bagi aku yang teramat penting sekarang ni adalah dua perkataan tu. Jadi sesiapa yang xamalkan penggunaan kata keramat tu, amalkan la daripada sekarang, orang pun akan rasa lebih hormat dengan adanya kata-kata keramat tu. Peace no war ^_<